Friday, September 27, 2013

Bergelut Dengan Masalah Jerawat? Cuba Langkah Ini Untuk Kulit Yang Lebih Cantik!

Jerawat adalah masalah kesihatan yang boleh membinasakan sehingga merosakkan keyakinan diri. Anda tidak boleh membiarkan masalah jerawat menghantui diri anda. Masih banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan wajah anda kembali licin seperti sediakala. Ikuti langkah berikut untuk mengembalikan wajah anda yang bersih, lembut serta keyakinan diri yang tinggi.



1) Pastikan bantal anda sentiasa bersih sepanjang masa. Fikirkan sejenak. Bayangkan anda meletakkan wajah anda pada bantal yang kotor di rumah rakan anda. Pasti anda tidak mahu berbuat demikian bukan? Hal ini boleh dielakkan dengan menukar sarung bantal anda dengan yang lebih bersih sebelum anda tidur diatasnya.

2) Jangan terkejut jika produk pemutih gigi juga adalah antara penyebab jerawat. Jadi mulai sekarang anda haruslah mula teragak-agak daripada menggunakannya. Ada orang yang mendapat jerawat hasil daripada penggunaan berus gigi dan pembersih mulut. Kulit berhampiran mulut anda adalah halus dan senang dijangkiti kuman penyebab jerawat.

3) Kulit berjerawat juga boleh disebabkan oleh cuaca ekstrem sejuk dan panas, jadi berhati-hati semasa berada di luar rumah. Anda cenderung untuk berpeluh dengan lebih kerap apabila cuaca semakin tinggi. Peluh antara penyebab utama jerawat. Apabila cuaca sejuk, ianya akan mengakibatkan kekeringan kulit. Lindungi kulit anda dalam sebarang keadaan cuaca.

4) Hindari situasi yang boleh mengakibatkan anda stres. Walaupun stress ataupun tekanan tidak mengakibatkan jerawat tetapi ianya boleh memburukkan keadaan bagi orang yang sudah mempunyainya.

5) Meluangkan sedikit masa di bawah cahaya matahari akan membantu mengurangkan masalah jerawat. Minyak di bawah kulit anda akan kering di bawah cahaya matahari. Mulanya, ianya akan menjadi lebih teruk dengan terhasilnya minyak semulajadi pada permukaan kulit. Jangan bimbang, minyak ini akan terhapus dalam masa lebih kurang sebulan dan anda dapat melihat perubahan mendadak daripada masalah jerawat anda.

6) Jangan menggunakan lebih daripada satu produk penghilang jerawat dalam satu-satu masa. Apabila seseorang mempunyai masalah jerawat yang kronik, mereka fikir menggunakan lebih banyak kaedah rawatan akan menyembuhkan masalah jerawat mereka dengan lebih pantas. Ianya bukan idea yang bagus menggunakan pelbagai cara dalam masa yang sama kerana produk-produk ini menggunakan ubat yang kuat boleh merosakkan permukaan kulit.

7) Gunakan produk yang mengandungi asid salicilid untuk merawat jerawat. Sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi asid salicilid akan menyebabkan masalah jerawat pada kulit muka anda berkurang.

8) Hindari produk mekap yang mengandungi minyak. Jika anda menggunakan mereka, minyak di dalam produk ini akan menyumbat liang roma anda. Ianya juga merupakan penyebab utama kepada masalah jerawat. Berhati-hati, sesetengah produk secara tidak tepat mendakwa produk mereka bebas minyak. Jika anda menggunakan produk dengan penganti minyak dan kulit anda bertindak balas dengan teruk pada mekap tersebut, cuba produk lain. Sesetengah individu amat sensitif kepada sesetengah bahan daripada individu lain.

9) Ya, jerawat adalah masalah yang sukar untuk diatasi, tetapi dengan tip-tip ini, boleh membantu anda melakukan langkah pencegahan awal untuk mengatasi masalah jerawat serta kulit yang licin sepertimana yang anda tahu. Tiada sesiapa yang patut mengalami masalah jerawat. Semoga tip-tip ini dapat membantu anda.